Sakit Puan (Haid)
Haid, adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun Dan Purata umur seorang kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun. Haid atau Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang. Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan anda.
Dari tindak balas tersebut, sesetengah daripada wanita akan mengalami Sindrom Pra-Menstruasi (PMS), yang mana PMS ini adalah satu fenomena biasa yang berlaku beberapa Hari sebelum sesesorang didatangi haid, Emosi juga akan terganggu, akan merasa cepat marah, sedih Dan kecewa. PMS juga akan membuatkan anda merasa sebu Dan sembab ada bahagian Perut, dah rasa sakit pada bahagian payudara. Namun fenomena ini berakhir selepas 2 Hari anda di datangi haid.
Manakala senggugut pula berlaku kerana kekejangan pada bahagian Perut disebab kontraksi rahim yang Mula berlaku sehari atau Dua Hari sebelum didatangi haid. Ianya terjadi kerana mengalami pendarahan haid berat, tidak pernah hamil Dan Mencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun. Lakukan tuaman panas Dan juga pengambilan Herba seperti kunyit atau Halia boleh membantu untuk Mengurangkan kesakitan ketika senggugut.
Kunyit Dan Halia juga boleh membantu dari Masalah black menses Dan menorrhagia. Yang mana Haid darah hitam atau black menses ini akan kembali normal dengan hanya sedikit Herba kunyit atau Halia ini. Begitu juga dengan Haid yang berterusan atau menorrhagia, Haid akan kembali berhenti dengan bantuan 2 Herba ini. Kebiasaan nya kunyit Dan Halia ini dicampur bersama asam jawa Dan dijadikan sebagai satu minuman supplement iaitu minuman kunyit asam.
Haid yang tidak teratur Dan tidak datang Haid tetapi tidak mengandung juga Salah satu Masalah Haid yang terjadi kepada beberapa wanita, yang mana Masalah ini disebabkan Oleh Gangguan hormon yang tidak seimbang. Herba seperti manjakani Dan sirih boleh membantu anda dengan Masalah kesihatan ini.
Ulasan
Catat Ulasan