Kopi Madu

 Pandangan secawan kopi cukup untuk dijadikan sebagai sesuatu yang mampu menambat hati setiap orang yang memandangnya . Dengan Aroma kopi yang sempurna Dan enak untuk dijamah lebih-lebih lagi apabila di panggang dengan sempurna . Mendatangkan rasa nyaman dari hirupan pertama . Kepekatan Dan keaslian warna hitam membuatkan Kita ingin merasainya dengan santai, dengan penuh berperisa.

Dari rasa pahit keaslian yang berubah menjadi manis apabila di tambah dengan satu sudu madu yang di bancuh . Mula timbul perasaan Dan inspirasi yang penuh dengan suka duka kehidupan . Apatah lagi, apabila ditambah lagi Dua sudu madu Dan tiga sudu madu menciptakan satu khasiat yang mewujudkan kesempurnaan sebuah Kehidupan. 


“kehidupan sejahtera Dan harmoni yang penuh dengan pahit manis selayaknya Kehidupan “poligini” ”




Pada zaman Rasulullah SAW, poligini ini di gunakan sebagai stretegi dakwah untuk menyebarkan ajaran agama Islam, Dan poligini ini dilakukan dengan secara terhormat Dan dengan poligini juga mampu menyatukan banyak kelompok. Jadi, kalau nak berpoligini demi untuk berdakwah Dan menyebarkan ajaran agama Islam tu yang sepatutnya Kita perlu niatkan Dan jadikan sebagai tujuan. 

Dan di dalam Islam juga, poligini tu juga digalakkan jika Kita ingin berpoligini dengan perempuan dari kalangan anak yatim tapi harus bersedia untuk berlaku adil, Kat sini Kita boleh lihat kalau poligini itu adalah dengan Niat untuk membantu seorang perempuan itu.

Jadi, kalau Kita betul nak berpoligini, kenapa Tak Kita Cari perempuan dari kalangan anak yatim Dan yang bukan Islam, lepas tu Kita berlaku adil dalam hubungan poligami tersebut. Dengan Niat ingin menambah bilangan umat Islam di dunia ini Dan membantu anak yatim.

Adapun yang berpoligini tu dengan perempuan dari kalangan orang biasa, Tak Salah juga yang penting boleh berlaku adil. Asalkan sahaja Tak lakukan kezaliman itu Dah memadai.




“Apa kurangnya Saya???” 

“apa lebihnya dia???”

“kenapa mesti dia???”

Inilah antara dialog drama melayu pukul 7 malam. Tak pun drama pukul 10 malam Hari sabtu. Soalan dengan penuh Emosi bila bab hubugan poligami. Cuba bila tengok drama tu lepas tu bayangkan kalau kalau hubungan poligami tu terjadi pada diri Kita, apa perlu di buat, strategi kearah hubungan suami isteri yang tanpa ada orang ketiga.

Jangan lebihkan keluarga dari suami, bukan bermaksud langsung Tak boleh jumpa atau Tak boleh luah rasa rindu Cuma jangan sampai kerana keluarga suami diketepikan, Dan bila suami kata Tak boleh balik, jangan maki hamun semua keluar. Kenapa Tak pujuk, orang suami pun muka je ganas tapi kalau kena pujuk rayu isteri cair jugak beb.

Lebih-lebih lagi bila isteri yang jenis jaga penampilan, cara berpakaian yang menarik perhatian suami (suami je boleh tengok) apalagi yang gunakan produk pelangsingan macam kerengga dengan saiz pinggang 24 je.

Pulak tu, guna produk kanta pembesar aset bak kata pepatah “lemas dilautan cinta”. Confirm la suami auto ubah fikiran, kena pulak isteri yang suka makan jamu kunyit asam. Lagilah suami akan sentiasa menjaga hati Dan perasaan seorang isteri.

 

Isteri -> produk pelangsingan + produk pembesar aset + makan jamu kunyit asam = permaisuri hati suami sepanjang hidup.

Hhmmm….


Ulasan