Curcuma Longa

Nama scientific bagi kunyit adalah Curcuma longa. Selain dari menjadikan sesuatu masakan itu menjadi kuning, kunyit juga mempunyai banyak khasiat Dan manfaat untuk Kita sebenarnya. Ada sesetengah Tak suka dengan Herba ini kerana warna kuning agak merimaskan Dan susah untuk dihilangkan. Ada juga yang Tak suka kerana rasanya yang pelik.
Namun, dari warnanya Itulah kunyit ini di jadikan sebagai bahan pewarna Dan dari rasanya yang pelik Itulah datangnya vitamin Dan mampu menjadi sesuatu berguna untuk masyarakat. Antara mineral yang terkandung dalam kunyit ini adalah manganese, zat besi, vitamin B6, kalium, vitamin C, magnesium dan serat yang tinggi.
Curcuma longa ini juga mampu Mencegah penyakit jantung, Meredakan rasa gatal pada kulit, Meringankan gangguan menstruasi, Mengatasi gangguan saluran pencernaan, Mencegah kanser, Mengurangkan depres dan Mengatasi masalah kulit.
Ianya juga Salah satu media yang digunakan untuk Masalah sakit puan seperti meningkatkan Kadar kesuburan Dan kehamilan, meredakan luka-luka dalaman bagi mereka yang baru bersalin, mengecutkan Rahim, Meningkatkan Daya Tahan Tubuh, boleh Mengurangkan pedih pada mereka yang mempunyai Masalah senggugut Dan apa yang lebih mengejutkan kunyit boleh membantu untuk kurus.
Akan tetapi, Satu kajian penyelidikan mengatakan bahawa kunyit yang digoreng boleh merosakkan “curcumin” yang terkandung dari khasiat kunyit tersebut. Dan elakkan dari masak kunyit dengan Kadar yang lama atau dengan api yang kuat untuk mengekalkan khasiat “curcumin”. Dan dengan kawalan api yang betul juga tidak masak terlalu lama akan meningkatkan faedah dah khasiat yang ada dari kunyit tersebut.


Kunyit yang di campur dengan asam kuning atau celagi akan menghilangkan bau kunyit Dan menjadikan satu hidangan itu menjadi lebih lazat juga menambah lebih banyak khasiat yang bermanfaat untuk tubuh badan. Kunyit celagi atau kunyit asam ini telahpun dijadikan sebagai satu hidangan wajib pada zaman nenek moyang Kita yang mana ianya boleh dijadikan sebagai Salah satu media yang mampu membuang seribu penyakit Dan menambah seribu khasiat di dalam tubuh sesesorang sekiranya dimasak Dan diracik dengan cara yang betul.
Kunyit celagi

Ulasan